di bawah ini, saya senaraikan 12 cara ke arah kesejahteraan emosi yg baik.
- membina persahabatan - orang yg ramai kawan lebih gembira drpd orang yg tidak ramai kawan.
- hargai saat bersendirian - kadang kala kita memerlukan saat utk bersendirian bagi menilai kembali pemikiran & perasaan kita.
- hargai kesihatan - senaman boleh mengubah emosi & meningkatkan kualiti hidup kita.
- hargai keseronokan hidup - individu yg terlalu taksub dgn kerjaya akan gagal menikmati keseronokan hidup dan mungkin menjadi kurang siuman.
- ketahui matlamat hidup - kenalpasti matlamat hidup anda dan cuba utk mencapainya serta cuba cetuskan sesuatu yg di luar jangkaan.
- bersedia menghadapi masalah - hidup tidak selalunya indah, jadi bersedialah utk menghadapi masalah sekiranya berlaku sesuatu yg tidak dikehendaki.
- terima kritikan yg membina - jgn terlalu peka dgn kritikan orang lain kerana ia akan memjejaskan hubungan kita dgn orang terbabit.
- ambil risiko yg membina - setiap individu mempunyai sifat ingin tahu tapi janganlah sehingga memaksa diri utk melakukan perkara yg ditakuti.
- uruskan kejayaan secara efektif - berkongsi kejayaan dgn orang lain boleh meningkatkan kesihatan emosi & penghargaan kendiri.
- tulis dan kenalpasti pemikiran negatif & positif - tuliskan di atas sehelai kertas dan renungkan kembali.
- lindungi diri anda - apabila berada bersama dgn orang yg kurang menyenangkan, hentikan mendengar bicara mereka. sebaliknya, gunakan peluang yg ada utk berehat.
- dapatkan sokongan - apabila berhadapan dgn masalah, dapatkan sokongan.
selamat mencuba tips2 di atas~
p/s: kredit to Buku Bicara 45 Siri 1 - Merealisasikan Minda Kelas Pertama... =)
No comments:
Post a Comment